Mari kita bersama membongkarkan rahsia kecantikkan kulit supaya kulit anda kelihatan lebih cantik dan menarik.
Beutskin Essence merupakan bahan kecantikkan dalam generasi yang baru untuk mengubah statistik umur manusia. Beutskin Essence membolehkan kulit anda kelihatan lebih cantik dan mudah.
Beutskin Essence diformulasi dengan menggunakan ramuan unik super platinum yang diekstrak daripada pati tumbuhan dan digabung dengan penggunaan teknik pengekstrakan superkritikal CO2, berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan pantas demi mencerahkan dan memperbaharui sel kulit secara menyeluruh.
Beutskin Essence menggalakkan metabolisme sel dari dalam ke luaran supaya badan menjadi lebih sihat dan kulit menjadi lebih cerah. Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahaslian dan meningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal.
Kod Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia:
MAL 08031430TR
Kod Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia:
MAL 08031430TR
Beutskin Essence mempunyai 5 faktor utama:
1) Faktor memulihkan
3) Faktor Memperbaiki Gen
4) Faktor Metabolik
5) Faktor Anti-Pengoksidaan
Kandungan Utama Beutskin Essence:
1) Minyak Biji Seabuckthorn:
- Menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan dari badan, menguatkan fungsi imun badan, menyelaras dan membaiki sel imun badan yang aktif, meningkatkan daya penahanan terhadap penyakit dan menyelaraskan fungsi endokrin.
- Mempunyai fungsi anti-pengoksidaan yang kuat dan menyingkirkan radikal bebas, melambatkan penuaan dan menggalakkan pertumbuhan sel.
3) Minyak Biji Anggur:
- Mecegah dan merawat penyakit Kardiovaskular, menurunkan serum kolesterol dan tekanan darah, menentang radikal bebas dan anti-penuaan.
4) Minyak Kacang Pain:
- Membantu mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida, menghalang vasokonstriksi, merangsang metabolisme interferon dan nodus limfa, menurunkan tekanan darah, mengaktifkan sel-sel NK dan merangsang pemecahan lemak.
5) Lilin Lebah:
- Merawat parut pada kulit, memperbaiki kulit yang kasar dan kendur, menguatkan kekenyalan serat pada kulit, menggalakkan metabolisme melanin untuk memutihkan kulit.
6) Radix Puerariae Lobata:
- Meningkatkan aliran darah ke arteri koronari, menurunkan kekangan pembuluh darah, menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran kelenjar mama dan asinus.
Beutskin Essence boleh:
- Menyigkirkan toksin & mencantikkan kulit.
- Mengembalikan kelembutan & keanjalan kulit.
- Anti-penuaan, mengurangkan kedut halus & menggalakkan pertumbuhan semula sel.
- Warna kulit yang rata & memutihkan pigmen.
Kesan-kesan selepas menggunakan Beutskin Essence:
3 Hari: Fungsi hati dan buah pinggang distabilkan, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan ketara, kekangan salur darah meningkat, menghasilkan hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan "qi" dan darah diselaraskan dan kecergasan dipulihkan.
10 Hari: Keadaan fizikal bertambah baik, menyingkirkan toksin dalam hati, buah pinggang dan darah ditingkatkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadilebih lembut, kekenyalan dinding salur darah dipulihkan dan fungsi ovari diselaraskan.
30 Hari: Toksin pada organ dalaman badan disingkirkan sepenuhnya, fungsi perlindungan kulit dipulihkan dan ditingkatkan, dan fungsi peredaran micro pada kulit diselaraskan.
60 Hari: Fungsi perlindungan kulit dan keupayaan daya penahanan kulit ditingkatkan, fungsi endokrin diselaraskan, kulit menjadi lebih cerah dan berseri.
90 Hari: Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.
Penggunaan jangka panjang: Metabolisme berada pada tahap optimum, kulit menjadi lebih berseri, tiada celaan, gebu, lembut dan cerah.
Beutskin Essence: Anda akan melihatnya, anda akan mengalaminya, anda akan merasainya, tidak mungkin dapat dicapai oleh orang lain, apan yang dikatakan akan dilaksanakan !
Sejarah Beutskin Essence melalui Dr. Du.
Keadaan kulit dan tahap penuaan.
Beutskin Essence dapat mengelakkan perkara ini berlaku pada kulit kita.
Keadaan kulit dan keadaan kesihatan kita.
Ekspo penjagaan kesihatan antarabangsa Ke-8 negara China 2008 anugerah "State Science & Technological Progress" untuk product kesihatan (dengan penggunaan teknik pengekstrakan superkritikal CO2).
Certificate of HALAL
Beutskin Essence berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
________________________________________________________________________
TESTIMONI Beutskin Essence
________________________________________________________________________
Rahsia kecantikkan kulit kini terbongkar!
Kulit Adira (Artis Malaysia) telah menjadi lebih cerah dan menarik selepas mengambil Beutskin Essence.
Adira mengongsi kegembiraannya pada Malam Testimoni Kesihatan.
Kulit Adira kelihatan paling putih, cerah dan cantik. Kita boleh membanding perbezaan kulit Adira sebelum dan selepas menggunakan Beutskin Essence.
Sebelum dan Selepas
Sebelum dan Selepas
Salah satu Testimoni Beutskin Essence, perbezaan nampak ketara selepas menggunakan Beutskin Essence selama satu bulan.
Testimoni 3, membuktikan keberkesanan produk Beutskin Essence.
Testimoni 4, Tan Miao Cong, 50 tahun, masalah kulit muka, perubahan ketara selepas menggunakan Beutskin Essence selama 3 bulan.
Testimoni 5, 50 tahun, mempunyai masalah kulit juga, nampak berbeza selepas menggunakan Beutskin Essence selama 2 bulan.
Testimoni 6.
Perbezaan Sebelum dan Selepas.
Perbezaan Sebelum dan Selepas.
Perbezaan Sebelum dan Selepas.
Perbezaan Sebelum dan Selepas.
Perbezaan Sebelum dan Selepas.
Testimoni: Jennifer Tan, 44 tahun, masalah kulit hilang selepas menggunakan Beutskin Essence selama 3 bulan.
Testimoni: Nor, 40 tahun, luka kemalangan dan jerawat hilang selepas menggunakan Beutskin Essence selama 2 bulan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penerangan Beutskin Essence
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keteguhan Kami:
- Institusi penyelidikan saintifik terkemuka di dunia.
- Dikendalikan dengan kerjasama dan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan & Pelaburan Negeri dan Kementerian Sains & Teknologi, Negara China.
- Pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang terdiri daripada ratusan orang pakar.
- Salah sebuah tapak seabuckthorn liar yang terbesar di dunia.
- Diterajui oleh salah sebuah pasukan penjenamaan & strategi profesional yang terbaik di dunia.
- Amalan perkilangan yang mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) bertaraf antarabangsa.
- Salah sebuah pasukan pemasaran profesional yang terbaik di dunia.
- Bangunan Pejabat SNE di Shanghai, Negara China.
Warkah Kepada Semua Wanita Di Seluruh Dunia:
************************************************************************************************
Setiap wanita tentunya berhasrat untuk kelihatan 10 tahun lebih muda berbanding usia sebenar beliau. Setiap orang juga pasti ingin menjadi lebih sihat dan lebih bertenaga seperti 10 tahun dahulu. Semua orang mengidamkan kehidupan yang sihat sehinggalah mereka mencapai usia seratus tahun.
- Pernahkah anda terfikir kenapa kebanyakan orang tidak dapat hidup sehingga 100 tahun?
- Mengapakah kebanyakan wanita mudah mengalami pigmentasi pada muka dan bahagian-bahagian tubuh tertentu walaupun mereka belum lagi mencecah 30 tahun?
- Mengapakah jejagat, kloasma dan ruam merah berbentuk kupu-kupu (butterfly rashes) timbul?
- Mengapakah kulit menggeleber dan hilang keanjalan, berserta kedutan yang mula kelihatan di sekeliling mata dan mulut sejurus selepas seseorang mencapai usia 30 tahun?
- Mengapakah sesetengah wanita dibelenggui pelbagai penyakit dan masalah kesihatan, terutamanya barah ovari dan penyakit-penyakit berkaitan organ pembiakan yang mungkin mengancam nyawa jika tidak didiagnos dan dirawat dengan sempurna tepat pada masanya, sejurus selepas mereka mencapai usia 40 tahun?
Keadaan sebegini terjadi kerana kehidupan, tahap kesihatan, penampilan fizikal dan jangka hayat kita banyak dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pemakanan harian, gaya hidup dan juga pelbagai faktor dalaman dan luaran yang tidak normal. Wanita yang bekerja mungkin sering mengalami insomnia, kerap mengigau ketika tidur, menpunyai daya ingatan yang lemah, stamina yang kurang, anemia, ketahanan badan yang lemah, kelesuan, sembelit serta kulit yang pucat, kusam dan kurang anjal kerana terpaksa berjaga hingga larut malam, dibebani kerja dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang. Simptom-simptom di atas biasanya lebih ketara bagi wanita yang kerap menggunakan komputer, menonton televisyen, menggunakan telefon bimbit dan merokok serta mengambil alkohol. Proses penuaan akan bermula sebaik saja kita mencapai pertengahan usia. Sejak dahulu kala lagi, penuaan merupakan suatu fenomena yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang dan pelbagai cara diamalkan untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan diri walaupun sesetengahnya menyebabkan kemudaratanyang teruk. Hakikatnya, awet muda adalah sesuatu perkara yang mustahil untuk dicapai.
Namun begitu, pada hari ini, kewujudan Beuskin Essence berupaya menjangkau semua impian dan berjaya merubah segala kemungkinan menjadi kenyataan.
Dari segi fisiologi, kita menikmati kesihatan optimum sepanjang 15 tahun sejurus sebelum usia mencecah 30 tahun, dengan susuk tubuh yang ramping, otot-otot yang pejal, kulit yang anjal, ketahanan badan yang tinggi bagi menentang penyakit dan keupayaan penyerapan nutrien yang maksimum. Sebaik sahaja sel-sel tubuh diuraikan lebih cepat berbanding sintesisnya (iaitu apabila sel-sel lama tidak digantikan dengan pertumbuhan sel-sel baru), kesihatan seseorang akan mula merosot dan kita terpaksa menerima hakikat bahawa diri kita kini mula dicengkam proses penuaan...
Mengapakah penguraian sel-sel tubuh menjadi lebih cepat berbanding kadar sintesis?
Mengikut pelbagai kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar kita, rembesan hormon tubuh akan mula berkurangan apabila usia kita mencecah 25 tahun. Fungsi keseluruhan tubuh juga akan merosot, sel-sel tidak dapat menjalankan caj elektrik yang mencukupi dan peoses penuaan akan bermula. Sel-sel tua ini seterusnya mungkin akan menjejaskan tisu-tisu kulit dan lapisan perlindungan membran sebum. Selepas usia 40 tahun, fungsi-fungsi tubuh akan merosot dengan lebih teruk lagi.
Oleh demikian, jika perubatan moden berjaya memastikan agar penguraian sel tubuh tidak melebihi kadar sintesis sel, bolehkah kita menangguhkan proses penuaan dan mengekalkan keremajaan serta awet muda? Sudah tentu boleh!
Beuskin Essence bertindak dengan membekalkan caj elektrik yang mencukupi kepada sel-sel kulit untuk mencetuskan tindak balas pembelahan sel supaya tahap tenaga sel akan kembali dijanakan secara normal. Ini seterusnya dapat mengaktifkan keseluruhan fungsi-fungsi tubuh, termasuklah meningkatkan kecergasan dan ketahanan sel, mengembalikan fungsi-fungsi metabolik yang normal serta merangsang rembesan hormon. Apabila kadar penguraian sel sama dengan kadar sintesis sel, maka proses penuaan dapat diperlahankan; dan kecantikan serta keremajaan dapat dikekalkan. Kulit akan menjadi lebih berseri dan anjal. Rupa paras akan bertambah jelita. Hasilnya, kesihatan dan kecantikan akan wujud seiringan.
Namun begitu, bagaimanakah caranya untuk memilih produk yang dapat menangguhkan penuaan serta dihasilkan berdasarkan penemuan saintifik yang terbukti di antara pelbagai jenis produk penjagaan kesihatan dan kosmetik yang boleh didapati di pasaran hari ini? Produk manakah yang berupaya membantu kita menjadi lebih sihat, lebih muda dan lebih cantik tanpa memberikan sebarang kesan sampingan?
Beutskin Essence, "Bidadari Kulit Cantik" yang dapat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan mengagumkan pasti boleh membantu anda. Dahulu, kita mungkin berasa takut untuk mencuba dan tidak begitu prihatin terhadap kesihatan dan kecantikan diri. Usaha kita juga mungkin sering kali terbantut, menyebabkan kita menjadi teragak-agak dan terpaksa menanggung akibatnya.
Kini, marilah kita merealisasikan semula impian kita untuk tampak muda kembali. Nikmatilah hidup ini dengan sepenuhnya dan alamilah kecanggihan teknologi masa kini. Marilah kita mengecapi keajaiban ~ Beutskin Essence.
Esen Tumbuhan Super Platinum
Beutskin Essence
************************************************************************************************
Apakah yang menyebabkan tompok-tompok kuning pada kulit?
Mengikut laporan ahli-ahli dermatologi terkemuka dunia, tompok-tompok kuning pada kulit lazimnya terjadi disebabkan:
- Jika sebum, sel-sel mati dan kotoran yang terkumpul pada permukaan kulit untuk jangka masa yang lama tidak disingkirkan dengan segera, ia mungkin akan diserap jauh ke dalam lapisan kulit, menyebabkan kulit menjadi kasar, bertukar warna menjadi kuning kusam dan hilang seri serta keanjalannya.
- Pencemaran udara di kawasan bandar mencetuskan pengoksidaan kulit, justeru menjejaskan fungsi sistem enzim dan detoksifikasi semula jadi kulit kita. Akibatnya, toksin akan terkumpul pada permukaan kulit dan tidak dapat disingkirkan secara normal, lalu menyebabkan kulit bertukar warna menjadi kuning.
- Produk penjagaan kulit berkualiti rendah yang mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti plumbum, merkuri dan sebagainya mungkin menyebabkan kulit menjadi kusam dan kuning.
- Ketidakseimbangan nutrien, pengambilan berlebihan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengadungi pigmen kuning, oren atau hitam untuk jangka masa yang lama mungkin mengakibatkan karotenemia dan menyebabkan kulit bertukar warna menjadi kuning kemerah-merahan dan pucat.
- Peredaran darah yang tidak sempurna juga mengakibatkan kulit bertukar warna menjadi kuning. Hati berupaya mempengaruhi struktur darah, di mana hati yang "panas" atau pengumpulan "qi" hati akan menjejaskan peredaran darah serta fungsi pembaikan dan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru. Oleh itu, kulit akan kelihatan kusam dan pucat kuning.
- Kesan sinaran ultraungu pada kulit biasanya kekal dan tidak boleh dibalikkan. Pendedahan terhadap sinaran matahari untuk jangka masa yang panjang akan melemahkan daya ketahanan kulit terhadap serangan radikal bebas, memperlahankan metabolisme dan menggelapkan warna kulit, menyebabkannya menjadi kekuningan.
- Kurang senaman dan peredaran darah yang tidak lancar untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pengumpulan gas dan bahan-bahan buangan yang berlebihan di badan, menyebabkan kulit menjadi kusam, kuning dan gelap.
- Masalah kongenital yang disebabkan faktor keturunan, mungkin menjadi penyebab kulit menjadi kuning. Ia lazimnya ditentukan oleh tahap sitokin dalam darah.
- Kerap berjaga lewat malam, gaya hidup yang tidak sihat dan tidur yang tidak mencukupi juga mungkin menyebabkan kulit bertukar warna. Berjaga lewat malam dan rehat yang tidak mencukupi akan menyebabkan fungsi hati dan dukyus hempedu terjejas, menyebabkan kulit menjadi kasar, kekuningan dan dipenuhi tompok-tompok gelap.
- Selain itu, perokok kronik atau mereka yang sedang mengambil sesetengah ubat perangsang akan mempunyai kulit yang gelap, kusam dan kekuningan.
"Pembunuh" Nombor 1 kulit wanita Asia bukanlah kedutan, tetapi pigmentasi!
- Berbanding wanita Eropah, proses penuaan kulit wanita Asia pada mulanya akan mengakibatkan kemunculan pigmentasi; dan apabila usia semakin meningkat, pigmentasi tersebut akan berubah mengikut keadaan cuaca, persekitaran dan kadar pendedahan matahari.
- Kini, lebih ramai orang dibelenggu masalah tompok-tompok pigmentasi pada kulit berbanding waktu dahulu. Walaupun masalah ini tidak menjejaskan tabiat pemakanan seseorang, ia mungkin akan menyebabkan tekanan kerana imej dan penampilan diri lazimnya diberikan keutamaan yang tinggi. Sekiranya seseorang memilih untuk membuang pigmentasi tersebut, usahanya mungkin tidak akan berjaya kerana dia perlu mengetahui asal-usul pembentukan pigmentasi tersibut.
- Hakikatnya, pigmentasi wujud dalam pelbagai bentuk dan ia bukan sahaja melibatkan lapisan permukaan kulit. Pigmentasi hanya boleh dicegah apabila kita memahami punca-punca dengan sepenuhnya.
- Punca-punca pigmentasi adalah sangat rumit. Namun begitu, dunia perubatan masih belum dapat menjelaskan apakah sebenarnya pigmentasi.
************************************************************************************************
Mengapakah terjadinya pigmentasi kulit?
************************************************************************************************
************************************************************************************************
- Epidermis kulit ialah bahagian yang paling nipis pada muka dan yang paling kaya dengan bekalan darah kerana kapilari biasanya terkumpul pada muka dan kepala. Pembentukan pigmentasi pada muka menandakan bahawa fungsi-fungsi kapilari dan organ-organ dalaman yang penting sudah mula merosot.
- Pendedahan jangka panjang terhadap sinaran ultralembayang, penggunaan kosmetik yang tidak sesuai, ketidakseimbangan endokrin dan asid-alkali tubuh juga merupakan punca-punca pigmentasi.
- Gangguan fungsi imun, ketahanan badan yang lemah, alergi kulit yang kerap dengan keradanganyang tidak serius juga mungkin boleh menyebabkan pigmentasi.
- Wanita-wanita yang mengamalkan pengambilan pil pencegah kehamilan dan hormon untuk jangka masa yang panjang mungkin lebih cenderung mengalami masalah pigmentasi kulit.
- Mereka yang menderita penyakit-penyakit kronik seperti tuberkulosis, tumor, penyakit hati kronik dan sebagainya, serta wanita-wanita yang mengalami masalah sistem pembiakan juga mudah mengalami kloasma.
- Mereka yang sentiasa lesu, murung, mengambil alkohol untuk jangka masa yang panjang, merokok, berjaga lewat malam, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, risau, tertekan dan tidak mendapat tidur yang cukup juga mungkin menghadapi masalah pigmentasi kulit yang serius.
- Gangguan endokrin, ketidakseimbangan nutrien dan malnutrisi seperti kekurangan vitamin A, C, E, asid folik dan elemen-elemen surih tertentu juga mungkin mengakibatkan pigmentasi.
- Pada mulanya, parut akne terjadi pada permukaan kulit dan akan berkurangan apabila keratin diuraikan. Jika penguraian keratin terganggu, parut tersebut akan bertukar menjadi pigmentasi yang degil apabila ia sering terdedah kepada sinaran UV.
- Pigmentasi mudah terbentuk tetapi ia sukar untuk pudar atau hilang. Untuk mencerahkan kulit dan menyelesaikan masalah tompok-tompok kulit dengan sempurna, kita perlu mencari kaedah yang berkesan, boleh dipercayai dan dijamin selamat!
Mengikut kajian perubatan terkini, pigmentasi terbentuk akibat penghasilan metabolik radikal bebas yang menyerang melanosit pada sel-sel lapisan subkutaneus, menyebabkan melanin terhasil dengan banyak dan lama-kelamaan, ia akan dapat dilihat pada wajah. SOD (superoksida dismutase) yang disintesiskan oleh tubuh merupakan sejenis bahan aktif yang memuasnahkan radikal bebas. Keupayaan tubuh untuk mensintesis SOD akan menjadi semakin berkurangan apabila seseorang wanita mencecah usia 30 tahun, menyebabkan kemunculan tompok-tompok gelap pada kulit. Melanosit berfungsi untuk menghasilkan melanin. Pembentukan melanin pula biasanya berkadar terus dengan aktiviti tirosinase. Oleh yang demikian, penghasilan melanin berlebihan akan memburukkan pigmentasi apabila aktiviti tirosinase semakin meningkat.
************************************************************************************************
Adakah anda menyedari hakikat tentang "Pigmentasi" yang berbahaya?
************************************************************************************************
Ambil sebiji epal dengan tompokan hitam dan lihat pada permukaannya. Hanya satu tompokan hitam yang kecil sahaja dapat dilihat dengan mata kasar dan kita dapat mengenalpasti epal ini sebagai epal yang sudah rosak. Namun begitu, amat sukar untuk kita mengetahui tahap kerosakan epal tersebut. Adakah bintik hitam ini sudah tersebar hingga ke empulur buah epal? Kita hanya akan mengetahuinya apabila kita membelah epal tersebut dengan pisau.
Begitu juga dengan pigmentasi kulit. Luas permukaannya sangat kecil, tetapi bahagian yang sebenarnya rosak bukanlah bahagian permukaan kulit sahaja, tetapi bahagian yang paling dalam. Oleh yang demikian, rawatan yang dijalankan haruslah menumpu kepada bahagian dalamkulit untuk menyelesaikan masalah pigmentasi dengan jayanya.
Kulit yang cerah lazimnya dianggap penting agar penampilan seseorang kelihatan lebih berseri dan tompok-tompok pada muka pastinya akan menjejaskan penampilan estetik seseorang. Untuk menghilangkan tompok-tompok tersebut dengan berkesan, kita perlu memahami dan membesakan jenis tompok-tompok ini serta punca-punca pembentukannya:
- Jejagat - Lazimnya disebabkan faktor keturunan dan muncul pada usia muda. Ia dapat dilihat sebagai bintik-bintik kecil berwarna coklat pada pipi dan batang hidung.
- Tahi Lalat - Kebanyakannya muncul selepas akil baligh dan mungkin terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Ia dapat dilihat sebagai bintik-bintik kecil, berwarna coklat atau hitam. Ia muncul sebagai bintik yang rata atau papul yang timbul dan lazimnya tersebar di sekeliling leher.
- Tahi Lalat Pipi/Zigoma - Muncul selepas akil baligh, lazimnya dapat dilihat pada kedua-dua pipi atau di bawah mata dan berwarna biru kekelabuan. Ia dapat dilihat sebagai bintik-bintik kecil dan bagi sesetengah orang, mingkin terjadi akibat faktor keturunan.
- Bintik-bintik Penuaan - Tompok-tompok coklat yang semakin bertambah selepas seseorang mencecah usia 25 tahun. Ia lazimnya timbul secara simetre pada kedua-dua pipi dan warnanya seakan-akan warna hati yang dimasak. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai "liver spots" tetapi ia tidak ada kaitan langsng dengan penyakit hati.
- Tompok Mongolia - Lazimnya muncul sebagai plak biru kekelabuan pada separuh bahagian atas muka dan juga mungkin terjadi pada sklera mata. Pigmen ini biasanya berasal jauh dari dalam kulit.
- Plak Senil - Ada kalanya sedikit dan ada kalanya banyak, mempunyai struktur seperti lilin dan muncul sebagai papul atau makul coklat yang besar. Jumlah dan saiznya lazimnya akan bertambah dan kebanyakannya boleh didapati pada bahagian tubuh yang sering terdedah kepada cahaya matahari seperti muka dan bahagian belakang tangan.
- Tompok Selar Matahari - Mula timbul pada pertengahan usia. Ia dapat dilihat sebagai bintik-bintik berbentuk bujur yang timbul atau rata serta berwarna coklat gelap. Ia lazimnya terbentuk pada permukaan atas luar lengan, bahagian belakang tangan, tulang kering dan muka. Walaupun ia biasanya bersaiz kecil, saiz sesetengahnya mungkin mencecah sebesar ibu jari. Selain itu, tompok-tompok lain yang muncul pada kulit juga dikenali sebagai tahi lalat berpigmen, pengumpulan pigmen yang berlaku selepas serangan keradangan, tompok berwarna perang muda dan sebagainya.
Sains perubatan membuktikan bahawa "tompok-tompok pada muka mempunyai kaitan yang rapat dengan stasis darah dalam tubuh dan oleh itu, rawatan tompok-tompok tersebut bergantung kepada keadaan darah". Sistem endokrin tubuh juga dapat menentukan punca sebenar pembentukan pigmentasi tersebut. Apabila perubahan patologi keseluruhan yang berkaitan dengan gangguan endokrin terjadi dalam tubuh, ia akan menjejaskan peredaran darah dan menyebaran tenaga yang penting dalam tubuh. Akibatnya, metabolit gagal disingkirkan dengan berkesan. Jika keadaan ini berlanjutan untuk jangka masa yang panjang, pigmentasi akan mula terbentuk.
************************************************************************************************
Tanggapan Salah dalam Usaha Merawat Pigmentasi Pada Kulit
************************************************************************************************
Akne bermula semasa remaja manakala pemendapan pigmen biasanya berlaku setelah akne hilang. Fenomena ini selalunya lebih teruk bagi wanita yang berusia 30 tahun ke atas. Kloasma pula lazimnya terjadi selepas seseorang wanita melahirkan anak. Wanita yang berusia 40 tahun ke atas sering kali mengalami ton kulit yang tidak sekata dan kemunculan pelbagai jenis tompok pada muka mereka. Selepas usia 50 tahun, bukan saja wajah dipenuhi tompok-tompok, "kedutan" juga akan mula terbentuk ...
Setiap wanita pastinya mengidalkan kulit yang lembut, halus dan sempurna. Namun, ramai wanita masih diselubungi tanggapan yang salah tentang kaedah penghapusan tompok-tompok tersebut.
- Tanggapan Salah 1 - Kebanyakan wanita tidak begitu menghiraukan peringkat awal kemunculan tompok-tompok pada muka yang lazimnya dianggap biasa sahaja. Mereka juga lebih gemar menggunakan produk penjagaan kulit secara rambang untuk menghilangkan tompok tersebut tanpa sebarang bimbingan profesional. Akibatnya, masalah tersebut manjadi lebih teruk dan rawatan akan menjadi lebih sukar karana tempoh yang ideal untuk menghilangkan tompok tersebut telahpun berlalu. Hakikatnya, tompok lebih mudah untuk dirawat pada peringkat permulaan dan pemilihan kaedah atau produk yang sesuai adalah amat penting. Jika tidak, masalah tersebut akan berlarutan dan ia mungkin akan bertukar menjadi sesuatu yang lebih teruk.
- Tanggapan Salah 2 - Usaha menghilangkan pigmentasi hanya terhad pada permukaan kulit dan pigmentasi dianggap sebagai masalah kulit yang biasa. Rawatan pula menggunakan produk penjagaan kulit yang lazimnya bersifat melelas, keratolitik atau pengelupasan, dan ini hanya akan memburukkan lagi permukaan kulit yang tercela. Penggunaan jangka panjang juga akan mencetuskan alergi kulit dan pigmentasi yang kerap berulang semula.
- Tanggapan Salah 3 - Kebanyakan wanita hanya mementingkan "keberkesanan" sesuatu produk tanpa mengambil kira komplikasi yang mungkin timbul. Kebanyakannya juga ingin menghilangkan tompok-tompok ini dalam masa yang sangat singkat, dan mereka berharap kulit wajah akan kembali berseri dan halus dalam masa 1 atau 2 hari sahaja. Akibatnya, ramai orang lebih gemar menggunakan kaedah pengelupasan, penghapusan tompok atau pelunturan kulit jangka pendek yang dianggap "cepat dan berkesan" untuk menghilangkan tompok-tompok pada wajah kerana kaedah-kaedah ini nampaknya mampu memberikan kesan segera. Hakikatnya, penggunaan produk-produk ini menyebabkan permukaan atas kulit mengalami kerosakan teruk dan ketahanan tubuh mulai berkurangan dengan ketara. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, kulit akan lebih mudah mengalami pigmentasi yang degil seperti tompok selar matahari, tompok kulit dan sebagainya yang lebih sukar untuk dirawat.
- Tanggapan Salah 4 - Ramai orang yakin bahawa tompok-tompok tidak akan hilang dengan mudah. Ramai juga yang hilang keyakinan terhadap rawatan penghapusan tompok-tompok di salun-salun kecantikan. Sebenarnya, pigmentasi boleh dihilangkan, tetapi ia pastinya tidak akan hilang hanya dengan menggunakan 1 atau 2 jenis produk penghapusan tompok atau mengambil produk penjagaan kasihatan tertentu yang mempunyai ciri antipigmentasi.
Pakar-pakar menasihatkan bahawa penghapusan tompok merupakan proses yang sistematik. Seseorang harus mengenalpasti punca sebenar pigmentasi supaya ia dapat dihilangkan dengan sepenuhnya dan tidak akan berulang kembali. Buangkan tanggapan salah anda tentang penghapusan tompok dan yakinlah bahawa anda pasti dapat mengatasi masalah pigmentasi ini. Penghapusan pigmentasi bukanlah suatu masalah yang amat besar. Beutskin Essence memberi jaminan bahawa tompok-tompok ini pasti dapat dihilangkan dengan mudah.
************************************************************************************************
Awas: Kelemahan produk-produk pemutih di pasaran!
************************************************************************************************
Kulit yang kasar dan menggeleber, hilang keanjalan, kusam dan kekuningan serta berpigmentasi tidak dapat ditutup walau dengan penggunaan kosmetik yang paling mahal sekalipun. Walaupun baru mencecah usia 30 tahun, kulit sesetengah wanita sudahpun kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.
Selepas melahirkan anak, sesetengah wanita mungkin akan mula mengalami bengkak di bawah mata, payudara yang melendur, kulit yang menggeleber dengan lemak berlebihan dan susuk tubuh yang tidak menarik. Perut buncit juga mungkin lebih ketara sejurus selepas usia mencecah 40 tahun.
Cakar gagak akan mula muncul pada sudut mata; kulit akan menjadi kasar, pucat dan kusam, dan tubuh kita mengalami proses penuaan setiap hari. Pening dan sakit kepala, palpitasi, insomnia dan tidur yang tidak nyenyak kerana sering diganggu igauan juga membuatkan seseorang mudah naik angin.
Bak kata pepatah, kaum Hawa diperbuat daripada air. Setiap wanita seboleh-bolehnya ingin menangguhkan proses penuaan. Dalam usaha awet muda mereka ini, kebanyakan wanita memilih untuk menggunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik yang paling mahal, namun hasilnya kerap kali mengecewakan walaupun jumlah wang yang banyak telah dibelanjakan. Sesetengah masalah pula menjadi lebih teruk selepas menggunakan produk-produk tersebut. Apakah sebabnya yang sebenar?
Peringatan dari para pakar tentang produk-produk pemutih yang terdapat di pasaran:
1) Produk pemutih yang bertindak dengan pantas
Secara amnya, produk-produk ini mengandungi agen pengelupas kulit yang bertindak dengan menanggalkan lapisan atas kulit dengan serta-merta agar kulit tampak putih berseri. Namun begitu, ia juga akan merosakkan dan menipiskan lapisan keratin kulit, seterusnya menyebabkan kulit menjadi sensitif. Apabila struktur kulit terjejas, ia akan berubah menjadi lebih gelap dengan pigmentasi yang kembali berulang dan kedutan yang semakin bertambah. Ini lazimnya terjadi akibat pengumpulan bahan-bahan berbahaya dalam produk-produk pemutih tersebut pada kulit dan sistem saraf, contohnya bahan-bahan kimia seperti plumbum, raksa dan sebagainya yang bertindak dengan merencatkan penghasilan melanin untuk sementara waktu sahaja bagi memutihkan kulit. Namun, dengan penggunaan yang kerap dan berterusan, bahan-bahan berbahaya ini akan memudaratkan dan juga mengakibatkan penuaan pramatang. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan kanser kulit.
2) Rawatan pembaharuan semula kulit dengan AHA bagi memutihkan dan menghilangkan tompok-tompok
Rawatan pembaharuan semula kulit dengan AHA berupaya menghilangkan pigmentasi pada lapisan epidermis untuk mencerahkan kulit. Namun, ia tidak berkesan untuk pigmentasi yang terletak pada lapisan kulit yang lebih dalam (lapisan basal) atau lapisan dermis kulit. Selain itu, asid hidroksi alfa berkepekatan tinggi juga akan merosakkan lapisan permukaan kulit, mengurangkan ketahanan kulit dengan ketara dan menyebabkan kulit mengalami penyahhidratan yang serius. Akibatnya, kulit menjadi lebih sensitif serta bertompok-tompok dan proses penuaan semakin menular.
3) Pemutihan dan penghapusan tompok dengan suntikan
Pemutihan dan penghapusan tompok-tompok dengan suntikan adalah satu kaedah untuk mencantikkan dan menghilangkan tompok-tompok yang sangat popular di peringkat antarabangsa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya di Jepun dan Korea. Walau bagaimanapun, ia sangat mahal dan suntikan perlu dilakukan berulangkali setiap tahun dan biasanya menelan belanja antara RM10,000 hingga RM100,000 ke atas. Walaupun ia memberikan kesan yang menakjubkan dengan menambahkan semula khasiat yang diperlukan oleh tubuh, ia juga berupaya menghalang fungsi-fungsi pemulihan semula jadi tubuh. Proses penuaan menjadi lebih pantas sebaik sahaja rawatan ini dihentikan.
4) Laser Fototerapi
Laser fototerapi boleh mengurangkan melanin pada permukaan atau lapisan kulit yang lebih dalam atau mengelakkan melanin daripada meresap ke permukaan atas kulit untuk mencerahkan dan menghilangkan tompok-tompok. Walau bagainmanapun, ia tidak mengatasi masalah sebenarnya yang menjejaskan fungsi tubuh dan ia juga tidak dapat menghentikan penghasilan dan peresapan melanin dalam lapisan bawah kulit. Oleh itu, laser fototerapi perlu dijalankan untuk jangka masa yang panjang kerana tompok-tompok itu akan muncul semula sebaik sahaja rawatan dihentikan.
************************************************************************************************
Bagaimana Menilai Tahap Penuaan Anda?
************************************************************************************************
Para saintis mendapati bahawa patogenesis penuaan manusia melibatkan 3 langkah utama:
"penuaan ~ perubahan patologi ~ kematian".
- Penuaan Pramatang Biasa - Kurang stamina, keletihan fizikal, tidak bermaya, kelesuan, pening, kepala terasa berat, sakit kepala, mudah beralih perhatian, daya ingatan yang lemah, mudah diserang selesama, tidur yang tidak mencukupi akibat igauan yang kerap, hilang selera makan, kulit yang pucat dan kusam, kurang keanjalan kulit, kulit yang kering dengan akne dan pigmentasi, kurang perhubungan sosial, keadaan fizikal yang tidak aktif dan kemurungan, ketahanan badan yang lemah.
- Penuaan Pramatang Sederhana - Ketahanan badan yang merosot, selesama yang kerap berulang, tidak tahan sejuk, libido yang lemah, fungsi buah pinggang yang merosot, kekuatan fizikal dan kecergasan yang berkurangan, sakit-sakit pinggang dan belakang badan, daya ingatan yang lemah, insomnia, anoreksia, kerap kencing, kencing yang tidak dapat ditahan-tahan, pundi kencing yang kerap penuh, kedutan yang semakin banyak, akne dan pigmentasi mudah terbentuk pada muka, masalah gastrousus dan ketakcernaan, proses penuaan yang semakin pantas, cepat marah, ketahanan fizikal yang berkurangan dan ledakan emosi.
- Penuaan Pramatang Serius - Gangguan metabolik, ketidakseimbangan hormon, penuaan kulit secara keseluruhan, ketidakseimbangan sistem saraf, fungsi imun yang lemah, fungsi badan yang merosot, susuk badan yang menyusut, penuaan yang semakin cepat disertai dengan kemunculan pelbagai penyakit dan kematian pramatang.
Dari segi perubatan, penuaan pramatang terbukti boleh memendekkan jangka hayat seseorang sebanyak 11.6 tahun!
Oleh kerana penuaan merupakan fenomena yang serius, adakah terdapatnya kaedah-kaedah saintifik untuk memperlahankan atau menghentikan proses penuaan?
Sains moden mempercayai bahawa proses penuaan merupakan fenomena semula jadi yang tidak dapat disongsangkan; penuaan da kematian adalah sesuatu yang lazim dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, melalui kaedah-kaedah saintifik tertentu, proses penuaan boleh ditangguhkan sepenuhnya, malah boleh dihentikan sehingga ke suatu tahap tertentu.
Hari ini, Beutskin Essence berupaya menukarkan impian menjadi kenyataan kerana ia membolehkan anda menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan bermakna, dan diiringi kecantikan serta keremajaan yang kekal abadi.
************************************************************************************************
Kulit Adalah Petunjuk Utama Untuk Menilai Kesihatan Seseorang
************************************************************************************************
Lazimnya, kita melihat dan menilai kesihatan seseorang berdasarkan keadaan kulit wajah mereka. Apabila seseorang dimasukkan ke hospital, komen yang paling biasa didengar adalah, "Awak kelihatan tidak sebegitu baik".
Kulit wajah bukan hanya melambangkan kesihatan seseorang tetapi juga kesejahteraan psikologinya.
Selain muka, kulit yang melitupi seluruh tubuh juga menjadi petunjuk penting tentang kesihatan seseorang. Oleh yang demikian, status kesihatan anda boleh diramal berdasarkan warna, suhu dan tahap lembapan kulit anda.
Lihatlah kulit anda untuk menentukan tahap kesihatan anda:
- Kulit betukar menjadi kuning (termasuklah tapak tangan dan sklera): Kemungkinan penyakit hati.
- Tapak tangan yang lembap dan hangat: Kemungkinan tekanan dalaman yang berlebihan atau hipertiroidisme.
- Tapak tangan yang lembap dan sejuk: Kemungkinan masalah kerisauan.
- Kulit yang sangat kering: Kemungkinan gangguan tiroid kronik.
- Warna kulit yang gelap atau bertompok-tompok hitam: Kemungkinan kekurangan rembesan adrenalin.
- Rasa gatal yang tak tertahan: Kemungkinan alergi atau wujudnya jangkitan parasit usus.
- Urtikaria yang kerap berulang: Selalunya terjadi pada pesakit yang mengalami alergi dan jangkitan tertentu.
- Kehadiran xantoma yang mengiringi mendapan lemak pada kulit: Kemungkinan masalah metabolik hati atau kolesterol.
- Kemunculan spider naevi (urat) pada tubuh dan anggota badan atas, terutamanya muka, lengan dan sebagainya: Fungsi hati yang lembap.
- Remaja/Pemuda-pemudi yang mengalami komedo berlebihan (blackhead): Berkaitan fungsi saluran pencernaan dan tabiat pemakanan.
- Terjadinya bisul dan paronikia: Kebanyakannya disebabkan oleh diabetes mellitus.
- Hiperpigmentasi kulit secara keseluruhan, kulit yang melitupi sendi kelihatan gelap: Kemerosotan fungsi kortikal oleh kelenjar adrenal (Hipofungsi adrenal).
- Kulit yang pucat dan kusam dengan penghasilan melanin yang berlebihan: Selalunya dikaitkan dengan disfungsi endokrin.
- Pernahkah anda berjumpa seseorang yang sedang mengalami masalah kulit dan hilang keyakinan untuk meneruskan hidup?
- Pernahkah anda kerap kali kecewa dalam usaha untuk mencari produk-produk pemutih dan penghapusan tompok?
- Adakah anda mempunyai rahsia yang sukar untuk di kongsi bersama dan sering mengakibatkan kehilangan selera, insomnia dan rasa malu yang melampau?
- Adakah anda berasa bimbang dengan masalah keluarga dan perpisahan dengan saudara terdekat?
- Inginkah anda memiliki kecantikan menyeluruh?
- Inginkah anda menjadi cantik dan memiliki kulit yang cerah dalam masa yang singkat?
- Pernahkah anda mendengar tentang sejenis produk yang mampu mengubah statistik umur manusia ~ Beutskin Essence?
- Adakah anda menyedari tentang kesan terapeutik Beutskin Essence yang amat mengagumkan dan prinsipnya yang sungguh unik?
- Pernahkah anda melalui proses mengubah diri menjadi cantik?
- Adakah anda ingin mengekalkan kecantikan dan keremajaan, serta mengalami proses perbaharuan kulit secara keseluruhan?
- Marilah kita melangkah ke alam keremajaan bersama Beutskin Essence.
************************************************************************************************
Proses Perkembangan Beutskin Essence Yang Kompleks
************************************************************************************************
Sejak dahulu kala lagi, manusia sentiasa mencari-cari sumber keremajaan. Dalam era teknologi moden dan canggih ini, pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia berazam untuk merealisasikan idea purba ini melalui rawatan biomedikal bagi mencari rahsia keremajaan abadi dan pembalikmudaan yang berpanjangan.- Pada tahun 1922, setibanya beliau di Jepun, Dr. Du Xiao Ming, tokoh terkemuka dalam masyarakat Perbatan Cina Tradisional di Negara China, telah menetapkan topik penyelidikan saintifiknya sebagai, "cara-cara untuk Menyihatkan, Mencantikan dan Memanjangkan Usia Semua Wanita".
- Selepas 6 tahun menjalankan kajian yang teliti, Dr. Du akhirnya berjaya merumuskan prototaip pertama beliau pada tahun 1998.
- Dr. Du telah menjemput pakar-pakar patologi dan farmakologi Jepun yang terkemuka untuk menyertai pasukan penylidikan bagi melaksanakan pelbagai ujian mengenai tindak balas antara formula beliau dengan sel-sel tubuh. Akhirnya, pada tahun 2002, suatu formula yang selamat dan efektif telah berjaya disempurnakan. Ia dikenali sebagai Beutskin Essence.
- Keberkesanan dan bahan-bahan utama dalam Beutskin Essence merupakan penemuan yang besar dan telah mencipta sejarah dalam dunia Perubatan Cina Tradisional, Jepun dan juga masyarakat perubatan antarabangsa. Tesis Dr. Du juga telah diterbitkan secara eksklusif di Amerika Syarikat.
- Di Jepun, Dr. Du sering terdedah kepada kemudahan perubatan yang canggih serta pelbagai teknologi terkini. Pada tahun 2005, beliau telah membuat beberapa perubahan kecil dalam formula Beutskin Essence untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.
- Pada awal tahun 2006, Beutskin Essence telah diperkenalkan secara rasmi untuk membolehkan ujian terhadap haiwan dan ujian klinikal terhadap manusia dilakukan. Selepas menjalankan eksperimen ketoksikan akut dan kronik selama lebih setahun terhadap haiwan, Beutskin Essence akhirnya ternyata selamat, boleh dipercayai, tidak toksik dan bebas daripada sebarang kesan sampingan. Ujian klinikal terhadap manusia yang telah dijalankan ke atas beribu-ribu orang telah menunjukkan bahawa keberkesanannya benar-benar menepati teorinya ~ Beutskin Essence sememangnya selamat dan efektif.
- Dr. Du terus berusaha untuk memperbaiki rumusan Beutskin Essence Usaha berterusan Dr. Du dan saintis-saintis selama bertahun-tahun ini akhirnya telah berjaya menemui penyelesaian untuk menangani proses penuaan.
- Pada 2007, rumusan lengkap Beutskin Essence telah diserahkan kepada YuHangRen, Mongolia Dalam, Negara China. Dr. Du juga telah meletak jawatan daripada Nok Group, Jepun, di mana beliau telah berkhimat selama lebih 10 tahun untuk menyertai kami dalam usaha mencipta keajaiban dalam statistik umur manusia.
************************************************************************************************
Mengapakah Beutskin Essence mampu memberikan kesan terapeutik yang begitu mengagumkan?
Bahan-bahan aktif dalam Beutskin Essence dapat diserap dengan mudah oleh tubuh manusia bagi merangsang nukleus sel untuk menghasilkan enzim-enzim autogenus demi mengektifkan penjanaan caj-caj elektrik sel, mengurangkan penggunaan tenaga semasa pembahagian sel, mencetuskan sel untuk menghasilkan tindak balas pembelahan agar sel mempunyai sumber tenaganya sendiri, mencergaskan sel, meningkatkan keupayaan pemulihan semula sel, mengembalikan fungsi-fungsi metabolik sel yang normal dan membolehkan sel-sel kulit kembali merembeskan enzim-enzim aktif secara berperingkat-peringkat.
Sains telah membuktikan bahawa enzim-enzim yang aktif adalah penting untuk mencegah penyahaslian dan membantu merawat kedutan, parut atau cela pada kulit, kulit yang ternyah-hidrat dan menggeleber, liang roma yang besar dan sebagainya. Ia juga boleh membantu meneutralkan toksin dan menyingkirkannya dengan sempurna daripada sel, memperbaiki sistem kapilari kulit untuk melancarkan proses metabolik dan membekalkan khasiat, memulihkan dan mempermudakan kembali kulit.
- Lihatlah perbezaannya dengan 3 fungsi utamanya.
- Alamilah kebaikan 4 elemen utamanya.
- Rasailah manfaat 5 faktor utamanya.
- 6 ciri utama yang unik dan tiada tandingannya.
- 7 jaminan kami kepada anda.
************************************************************************************************
Apakah "kaedah penstabilan DNA"?
************************************************************************************************
************************************************************************************************
Agen penstabilan DNA ini diproses 100% dari tumbuhan semula jadi dari tanah tinggi Mongolia Dalam dan diekstrak menggunakan teknik pengekstrakan CO2 superkritikal. Ia merupakan produk berpaten daripada Kumpulan YuHangRen dari Mongolia Dalam dan memainkan peranan penting dalam rawatan masalah pigmentasi serta berupaya mencerahkan kulit. Pengaktifkan agen penstabilan DNA ini dapt merawat pigmentasi dengan berkesan bagi mencerahkan kulit di seluruh bahagian tubuh. Setiap DNA mengandungi jumlah gen yang tidak terkira banyaknya dan kestabilan setiap gen perlu dikekalkan oleh agen penstabilan DNA. Jika tahap agen penstabilan DNA ini berkurangan, mutasi genetik mungkin terjadi. Mutasi ini mungkin mencetuskan sel-sel pigmen yang tidak normal untuk menghasilkan melanin dalam kuantiti yang banyak dan seterusnya, membentuk tompok-tompok pigmentasi. Perubahan gen kelenjar pula akan mengakibatkan rembesan hormon yang berlebihan atau tidak mencukupi. Ini akan mengakibatkan ketidakseimbangan endokrin dan gangguan sistem saraf yang seterusnya akan mengakibatkan ketidakstabilan emosi, insomnia, hipersomnia, daya ingatan yang lemah, keadaandiri yang tidak bersemangat, metabolisme kulit yang tidak seimbang dan ketiadaan metabolisme. Kesemua faktor ini sebenarnya boleh mempercepatkan kemunculan tompok-tompok pigmentasi pada kulit.
Berdasarkan terapi penstabilan DNA, Beutskin Essence telah terbukti berkesan mengawal gen-gen, melanosit dan gen pigmen yang mengalami mutasi. Ia juga boleh mengurangkan faktor-faktor penyebab pigmentasi serta menyelaraskan semua aspek kesihatan tubuh, mencegah ketidakseimbangan dan perubahan patologi sel-sel pigmen, menguraikan pigmen yang terkumpul dengan cepat, menghilangkan tompok-tompok hitam, mencerahkan kulit dan mengecutkan liang-liang roma.
************************************************************************************************
Terapi Penstabilan "DNA":
Penyelesaian Untuk Pencerahan Kulit & Penghapusan Tompok-Tompok Pada Kulit
************************************************************************************************
Pada ketika ini, rawatan pencerahan dan penghapusan pigmentasi pada kulit hanyalah tertumpu kepada usaha mencerahkan tompok-tompok hitam sahaja. Namun, ia mungkin bersifat sementara dan mengakibatkan pengulangan kitaran penghapusan dan pengumpulan tompok hitam yang berkali-kali. Pakar-pakar perubatan yakin bahawa jika kita ingin mengatasi masalah penghapusan tompok yang tidak sempurna, kesan rawatan yang lembap, kecenderungan untuk tompok ini berulang kembali dan kerosakan kulit yang teruk, kita perlu menghapuskan punca sebenar tompok-tompok hitam ini dengan sepenuhnya.
Bagaimanakah dapat kita menyekat punca-punca terjadinya pigmentasi ini?
Dr. Du dan pasukan penyelidiknya telah menjalankan pelbagai kajian untuk menyekat punca-punca pigmentasi dan mengelakkan ia daripada berulang semula. Penyelesaiannya amat berbeza dengan kaedah pemutih dan penyingkiran pigmentasi secara tradisional; ia menangani masalah ini dari aspek yang paling asa, iaitu gen.
Dengan kerjasama para pakar dari pelbagai bidang, maka terhasilah Beutskin Essence! Lebih-lebih lagi, ia dirumus dalam bentuk kapsul lembut yang perlu diambil secara oral. Lebih penting, ia merupakan produk yang julung-julung kalinya menggunakan 100% tumbuh-tumbuhan semula jadi yang tidak toksik, tidak mengandungi hormon dan tiada kesan sampingan. Ia boleh mencerahkan kulit dengan menyeluruh, menyingkirkan melanin berlebihan, menghapuskan pigmentasi serta mencegahnya daripada berulang kembali!
Setelah pengambilan, Beutskin Essence mampu bertindak dengan cepat untuk menguraikan pengumpulan pigmen pada bahagian yang terbabit, mencegah pembentukan melanin tidak normal, serta mencari dan memusnahkan melanosit tidak normal secara automatik.
Ia membolehkan anda mencapai keseimbangan pemutihan dan penyingkirkan cela yang menyeluruh.
************************************************************************************************
Lihatlah Perbezaannya Dengan 3 Fungsi Utama Beutskin Essence
************************************************************************************************
1) Membersihkan tubuh dan menyingkirkan toksin
Berdasarkan teori terkini mengenai pembersihan tubuh dan penyingkirkan toksin, Beutskin Essence dirumus dengan 100% pati tumbuhan semula jadi, mengandungi bahan-bahan aktif yang mudah diserap ke dalam sistem peredaraan darah untuk menghapuskan radikal bebas dan pelbagai jenis bahan-bahan berbahaya dengan menyingkirkan kesemua toksin ini daripada tubuh melalui peluh, najis dan air kencing. Beutskin Essence menyelesaikan masalah kekurangan zat berdasarkan kapada keadaan patologi kita. Toksin yang terdapat dalam kulit, limfa, darah dan sistem saraf juga dapat disingkirkan daripada tubuh dengan berkesan agar tubuh bebas sepenuhnya daripada toksin.
Sebaik sahaja semua toksin ini disingkirkan, selera makan, kualiti tidur, kesejahteraan emosi dan daya ketahanan seseorang terhadap penyakit juga akan meningkat.
2) Memperbaiki dan memulihkan semula fungsi-fungsi tubuh
Selepas proses pembersihan tubuh dan penyingkirkan toksin, lebih seratus jenis nutrien aktif yang terkandung dalam Beutskin Essence akan diserap dengan mudah oleh tubuh dan diangkut oleh darah tanpa meninggalkan sebarang sisa bahan buangan. Ia memulihkan tisu-tisu yang rosak, mempercepatkan pertumbuhan semula dan pembaikan tisu-tisu lembut, menyelaraskan fungsi-fungsi fisiologi, mengembalikan dan mengekalkan kecergasan sel, menyelaraskan sistem endokrin, menguatkan fungsi sistem imun tubuh, menyeimbangkan penyebaran hormon dalam tubuh serta merencatkan pembentukan melanin dan pempigmenan supaya mencapai pencergasan semula tubuh badan yang menyeluruh.
3) Merangsang pertumbuhan semula sel-sel kulit yang baru
dan sihat
Beutskin Essence mampu memulihkan tisu-tisu dan organ-organ dalam tubuh dengan pantas, mengaktifkan sel-sel tubuh dan muka, merangsang semula sintesis kolagen, menyerikan kulit dan mencegah atropi yang teruk akibat penuaan. Ia mengembalikan keanjalan kulit, merangsang pembahagian sel-sel tunjang kulit dan sel-sel serat. Pertumbuhan dan metabolisme kulit menjadi lebih pantas dan serentak dengan itu, penghasilan melanin akan menjadi semakin berkurangan supaya kulit kelihatan lebih halus dan berseri. Selain itu, ia mampu meningkatkan ketahanan kulit dan mengurangkan garis-garis halus dengan berkesan agar kulit lebih sihat dan lebih anjal dalam masa yang singkat. Ia juga mengaktifkan sel-sel imun pada kulit, menguatkan ketahanan kulit dengan cepat dan mengembalikan semula tenaga bagi menggalakkan pertumbuhan kulit baru yang lebih sihat.
************************************************************************************************
Alamilah Kebaikan 4 Elemen Utamanya
************************************************************************************************
1) Elemen Tenaga RPG
Elemen asas dalam sistem tenaga sel Beutskin Essence ini mampu bertindak secara langsung pada nukleus sel yang amat halus kerana strukturnya yang padat, kecil dan kuat. Ia juga mampu bertukar bentuk untuk membolehkannya meresap jauh ke dalam sel-sel kulit. Caj elektrik sel yang normal ialah 0.07 volt. Apabila caj ini menjadi lebih rendah daripada 0.02 volt, sel-sel akan menjadi kurang aktif dan proses penuaan akan bermula. Elemen tenaga RPG akan mencetuskan tindak balas pembelahan ketika memasuki nukleus sel bagi menjanakan tenaga yang tinggi. Pada masa yang sama, tindak balas pembelahan berantai akan terhasil untuk mengembalikan dan meningkatkan tahap tenaga elektrik dalam sel-sel kulit demi mencapai keupayaan pembentukan dan pencergasan semula sel.
2) Elemen Pemulihan Dan Pertumbuhan Semula Sel
Sel-sel manusia mengandungi sejenis bahan aktif yang akan menentukan tahap keremajaan kulit. Ia lazimnya bertanggungjawab untuk merangsang pertumbuhan dan pembahagian sel-sel kulit, menggalakkan metabolisme, meningkatkan nisbah sel-sel baru pada kulit dan memulihkan sel-sel kulit yang rosak dengan pantas bagi mempertahankan penuaan sel-sel kulit agar kulit tampak lebih muda, lebih berseri, lebih halus dan lebih sihat. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai "elemen pemulihan dan pertumbuhan semula sel".
3) Elemen Bijak Untuk Pencernahan Tertumpu Dan
Penyuburan Sel
Ini merupakan sel-sel sasaran yang dibebaskan dan disebarkan melalui rembesan lateral dan rembesan auto sel untuk menyelaraskan penghasilan tenaga oleh tubuh, meningkatkan sintesis kolagen kulit, memperbaiki struktur serat elastik yang rosak dan menormalkan rangkaian biologi sel yang terjejas bagi mencerahkan dan menyuburkan sel-sel dengan efektif. Ia dapat menghapuskan bengkak di bawah mata dan kedutan dengan berkesan, memperelokkan alur nasal-labial dan menegangkan kulit muka.
4) Elemen Untuk Memulihkan Semula Keadaan Kulit
Ia merupakan lapisan pelindungan kulit dengan kesan yang amat mengagumkan. Ia melindungi kulit daripada serangan radikal bebas, menstabilkan tahap vitamin antioksida B, C, E dan lain-lain bahan yang boleh meningkatkan katahanan kulit, merangsang penghasilan kolagen semula jadi, menghaluskan kulit, meratakan warna kulit, mencerahkan pigmentasi dan menyerikan kulit dengan serta-merta untuk menyeimbangkan keadaan kulit.
************************************************************************************************
Rasailah Manfaat 5 Faktor Utamanya
************************************************************************************************
1) Faktor Pemutih Stabil
Faktor pemutih stabil ini mampu menyekat radiasi ultralembayung dan menghalang kerosakan kulit akibat sinaran tersebut. Ia tidak sama dengan faktor-faktor pemutih lain kerana produk yang lain hanya bertindak untuk sementara waktu sahaja dan kesannya akan hilang sejurus selepas pengambilannya dihentikan. Apabila melanin disingkirkan dengan sepenuhnya, pemutihan kulit akan kekal lama tanpa pigmentasi yang berulang bagi memastikan kulit sentiasa kelihatan cerah tanpa sebarang kedutan atau kecelaan.
2) Faktor Perangsang Semula Jadi Kulit
Faktor perangsang semula jadi kulit ini akan mengurangkan melanin, mengekalkan kandungan air, melembapkan kulit, menyembuhkan akne dan cela, menghasilkan kolagen yang diperlukan oleh tubuh, mencerahkan pigmentasi pada kulit, mencegah pengerasan kolagen pada lapisan dermis, merencatkan kolagenase dan mencegah penguraian kolagen dalam dermis.
3) Faktor Pertumbuhan Kulit
Faktor pertumbuhan kulit merangsang metabolisme kulit dan mempercepatkan pembaharuan kulit. Ia menggalakkan aktiviti sel-sel kulit basal, merangsang penyingkiran sel-sel mati dalam lapisan keratin serta membekalkan nutrien dan oksigen yang mencukupi kepada setiap sel supaya kulit akan menjadi lebih sihat, anjal dan halus.
4) Faktor Pemulihan Gen
Faktor pemulihan gen memastikan keseimbangan gen dalam DNA, mengurangkan melanosit tidak normal, melancarkan fungsi-fungsi kelenjar endokrin, menyeimbangkan hormon DNA dan menyelaraskan semula kulit agar gen dan melanosit yang mengalami mutasi dapat dikawal dengan berkesan, meningkatkan keadaan kulit dan memulihkan kulit yang rosak.
5) Faktor Super Antioksida
Faktor super antioksida dapat menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh dengan cepat, melaraskan keseluruhan fungsi tubuh, menghapuskan dan mencegah proses pengoksidaan bagi mengatasi masalah penuaan, pengumpulan pigmen, insomnia, igauan yang kerap semasa tidur, daya ingatan yang lemah, kelesuan, sembelit dan kulit yang kusam dam pucat untuk memastikan kejelitaan anda kekal berpanjangan.
************************************************************************************************
6 Ciri Utama Yang Unik Dan Tiada Tandingannya
************************************************************************************************
- Penyerapan - Beutskin Essence mengadungi 100% pati tumbuhan aktif yang diserap dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi-fungsi utama sel.
- Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dalam Beutskin Essence bertindak terus pada nukleus sel, merangsang nukleus sel untuk menghasilkan enzim-enzim autogenus bagi memulihkan kecergasan.
- Penjanaan Semula - Pati tumbuhan aktif dalam Beutskin Essence membekalkan nutrien-nutrien yang mencukupi kapada sel, meningkatkan keupayaan pemulihan sel dan membantu sel-sel kulit kembali sihat.
- Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam Beutskin Essence dapat mengenalpasti dan bertindak khusus pada sel-sel yang rosak dalam tubuh untuk menambahkan kepekatan kolagen dan memperbaiki struktur serat-serat elastik.
- Pembekalan Semula - Pati tumbuhan aktif dalam Beutskin Essence membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yang diperlukan oleh sel-sel kulit.
- Kebolehpercayaan - Beutskin Essence mengandungi 100% pati tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan menyebabkan alergi dan kebergantungan.
************************************************************************************************
7 Jaminan Kami Kepada Anda
************************************************************************************************
- Menggunakan 100% pati tumbuhan gred AA yang semula jadi, selamat dan boleh dipercayai. Ia dijamin lebih selamat daripada buah-buahan.
- Lulus ujian keselamatan di Singapora, Malaysia dan Negara China serta tidak mengandungi sebarang hormon dan/atau bahan perangsang.
- Menggunakan teknik pengekstrakan paling canggih yang menjamin kepekatan lebih tinggi dan kestabilan produk. Teknologi perkilangan yang unik dan canggih menjamin kualiti dan kuantiti produk.
- Keberkesanannya yang unik telah dibuktikan dengan pelbagai uian klinikal serta testimoni beribu-ribu orang pengguna. Pengambilan jangka panjang akan menghasilkan kesan yang lebih baik. Produk ini juga tidak akan mencetuskan ketagihan dan kestabilan produk sentiasa terjamin.
- SNE Marketing Sdn Bhd sebagai agen global tunggal memberikan anda peluang pasaran global yang tidak terhad dan tanpa batasan.
- Bahan-bahan nutrien berkualiti tinggi dan harga produk yang berpatutan memastikan agar keberkesanannya dapat dinikmati oleh semua. Harga produk ini juga dijamin standard di mana-mana tempat.
- Rumusan dari Negara Jepun yang dihasilkan dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan yang diperoleh dari tanah tinggi dengan terbukti mampu memberikan kesan yang tiada tandingannya. Kami memberi jaminan bahawa keadaan tubuh yang separa sihat akan kembali normal dalam masa yang singkat sahaja.
************************************************************************************************
Siapakah Yang Sesuai Untuk Penggunaan Beutskin Essence
************************************************************************************************
- Individu-individu yang mengalami penuaan kulit semula jadi dengan peredaran darah yang tidak lancar, pengumpulan dan penyebaran pigmen yang tidak sekata, kulit yang kasar dan menggleber, kulit yang kering dan tidak lagi anjal serta kulit yang bertompok-tompok akibat usia yang semakin meningkat.
- Individu-individu yang mengalami masalah ginekologi seperti gangguan fungsi ovari, kitaran haid yang tidak tetap dengan darah yang hitam pekat dan berbau busuk, leukorea dan sebagainya yang menyebabkan kulit menjadi pucat, kusam dan bertompok-tompok.
- Individu-individu dengan kulit yang berwarna kekuningan dan kulit yang kering serta bertompok-tompok disebabkan kelahiran bayi, keguguran, kelahiran bayi yang dicetuskan, keguguran yang dicetuskan, kelesuan selepas bersalin, hematoma, pinggang dan perut yang sentiasa sakit-sakit, rasa tidak bermaya dan kelesuan tubuh secara amnya, pengaliran darah yang terjejas dan sebagainya.
- Individu-individu yang merokok dan mempunyai tabiat pengambilan alkohol yang banyak akan menyebabkan kulit bertukar warna menjadi kekuningan, pigmen kulit tersebar dengan tidak sekata dan penghasilan pigmen yang terjejas. Ini seterusnya akan mengakibatkan pembentukan pigmen dan pengumpulan toksin yang boleh menyebabkan metabolisme yang lembap dan mempercepatkan proses penuaan.
- Individu-individu yang kerap berjaga malam, mengamalkan gaya hidup yang tidak sempurna dan tidak mengamalkan penjagaan kulit yang sempurna mungkin terpaksa menghadapi masalah gangguan endokrin, peredaran darah yang tidak lancar, kapilari darah yang tersekat, stasis darah, pengumpulan pigmen yang menyebabkan kulit menjadi kusam, kuning dan bertompok-tompok.
- Individu-individu yang sentiasa tertekan akibat stres dan kelesuan mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon, liang roma kulit yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan pengaliran darah yang tidak lancar, pengumpulan pigmen, insomnia yang kerap dan masalah kerisauan.
- Individu-individu yang sering terdedak kapada bahan-bahan cemar, termasuklah air dan udara yang tercemar serta pencermaran persekitaran memberikan kesan langsung terhadap mengumpulan pigmen pada tubuh. Selain itu, pendedahan jangka panjang terhadap logam berat, asap daripada ekzos kenderaan serta pencermaran kehidupan di bandar mungkin menyumbang terhadap pengumpulan toksin berlebihan dalam tubuh dan penuaan kulit yang semakin pantas.
- Individu-individu yang menghadapi tekanan atau masalah kerisauan, tidur yang tidak mencukupi, kelesuan dan kesukaran untuk menumpukan perhatian. Selain itu, pendedahan jangka panjang terhadap radiasi daripada televisyen, komputer, telefon bimbit dan sebagainya akan menyebabkan tercetusnya akne pada wajah diikuti pengumpulan pigmen dan liang roma yang tersumbat apabila akne kian sembuh.
- Individu-individu yang mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan kurang bersenam selain tabiat pemakanan yang tidak sempurna akan mengalami ketidakseimbangan nutrisi atau malnutrisi, liang roma yang besar, kulit muka yang berminyak dan/atau kasar, akne yang radang, nanah yang terkumpul dengan banyak dan rasa gatal.
- Individu-individu yang mengambil ubat untuk jangka panjang atau tubuh yang lemah serta jatuh sakit, mempunyai masalah kulit dan rambut yang kering, bengkak di bawah mata, libido yang semakin berkurangan, payudara yang menggeleber, berpeluh dengan berlebihan, pening kepala, keresahan, insomnia dan sebagainya.
- Individu-individu yang tidak mengamalkan regim penjagaan kulit yang sempurna dan tidak menggunakan produk pelindung matahari, menyebabkan mereka sering terdedah kapada radiasi dan sinaran UV. Penggunaan produk kosmetik berkualiti rendah untuk jangka masa yang panjang juga akan mencetuskan ketoksikan kulit, pengumpulan melanin, hipoksia kulit dan pengumpulan logam berat pada kulit.
- Individu-individu yang menghadapi masalah-masalah kulit kongenital yang sering mengalami pertumbuhan tisu abnormal pada hujung hidung, permukaan kulit yang tidak sekata dan rembesan sebum yang berlebihan pada muka.
- Individu-individu yang berusia 13 tahun dan ke atas yang ingin terus sihat dan kelihatan muda serta ingin menangani masalah penuaan dan membasmi pigmentasi kulit.
Hadiahkanlah Beutskin Essence kepada diri anda sendiri dan juga untuk orang-orang tersayang bagi menjamin kesihatan optimum, kejelitaan abadi dan keremajaan!
************************************************************************************************
Pembaharuan Kulit Yang Optimum Bersama Beutskin Essence
************************************************************************************************
Hati dan perasaan seorang wanita amat sensitif dan mudah terguris. Namun begitu, kulit mereka sebenarnya adalah lebih sensitif berbanding hati mereka.
Keletihan dan tidur yang tidak mencukupi akan mempercepatkan lagi proses penuaan dan menyebabkan kulit kelihatan pucat, tidak bermaya, kusam dan kurang anjal.
Akibat fungsi tubuh yang kurang sempurna dan penghasilan melanin yang meningkat secara tidak normal, kulit tidak mampu menyingkirkan melanin yang terkumpul dengan cepat dan ini akan menyebabkan mterbentuknya pelbagai jenis pigmentasi, seperti kloasma, tetua dan plak senil tahap awal.
Pendedahan jangka panjang terhadap pencemaran udara dan penjagaan kulit yang tidak sempurna akan merosakkan kulit, menyebabkan kedutan pramatang, kulit yang kering dan mengelupas, kemerah-merahan dan bengkak, liang roma yang besar dan sebagainya.
Masalah endokrin dan keadaan kulit yang tidak sempurna pula menyebabkan kulit tampak kusam dan berminyak serta dipenuhi parut-parut akne, pengumpulan pigmen dan sebagainya.
Kebanyakan wanita gemar menggunakan kosmetik dengan sewenang-wenangnya, sering mencuba untuk memicit akne dan menghilangkan cela pada kulit dengan cara yang tidak bersih, serta menjalani proses "foto-rejuvenasi" yang menyebabkan kerosakan yang lebih serius pada kulit.
Marilah kita sama-sama melangkah ke alam Beutskin Essence demi menikmati kehidupan yang sempurna, merasai keajaiban teknologi terkini dan merealisasikan impian kita untuk memperoleh kulit yang cantik berseri dan keremajaan yang berkekalan.
************************************************************************************************
Kesan-Kesan Beutskin Essence
************************************************************************************************
3 hari selepas pengambilan Beutskin Essence:
Beutskin Essence yang terdiri daripada 100% ramuan aktif ini telah diserap sepenuhnya ke nahagian-bahagian dalam tubuh; fungsi-fungsi hati dan buah pinggang menjadi lebih stabil, metabolisme toksin dalam tibuh meningkat, ketahanan kapilari darah bertambah, tahap hemoglobin meningkat dengan ketara dan simptom-simptom seperti pening, tinitus, insomnia dan tak tahan sejuk menjadi semakin berkurangan. Pigmentasi kulit mula pudar manakala stamina semakin bertambah dan pengaliran darah menjadi lebih lancar. Anda rasa lebih segar, bertenaga dan bersemangat.
10 hari selepas pengambilan Beutskin Essence:
Keadaan fizikal menjadi semakin baik dengan penyingkiran toksin yang lebih lancar oleh hati, buah pinggang dan darah; keupayaan tubuh untuk memusnahkan radikal bebas semakin meningkat, kapilari darah tidak lagi tegang; keanjalan dinding salur darah akn bertambah baik dan kembali normal. Tubuh mula menjalani proses penyahtoksikan dan fungsi dalamantubuh dapat diselaraskan dengan sempurna. Peredaran kapilari kulit akan bertambah lancar dan hasilnya dapat dilihat di sekeliling tompok-tompok yang semakin pudar. Struktur kulit menjadi semakin baik dan wajah pula kelihatan sihat dan berseri. Kitaran haid juga kembali normal dan toksin dapat disingkirkan dengan sempurna semasa haid.
30 hari selepas pengambilan Beutskin Essence:
Pembersihan organ-organ dalaman telah berjaya disempurnakan dan sel-sel kulit dibekalkan dengan khasiat yang secukupnya. Fungsi pemulihan kulit menjadi semakin baik dan fungsi-fungsi kapilari darah pada kulit diselaraskan dengan sempurna. Faktor-faktor aktif dalam Beutskin Essence bertindak dengan menguraikan pengumpulan pigmen dan gen-gen pigmen yang tidak normal serta menyingkirkan bahan-bahan buangan melalui liang roma dan peredaran darah yang sempurna. Warna pigmentasi menjadi lebih pudar, kulit tidak lagi kelihatan kuning dan menjadi lebih cerah, lebih sihat, lebih halus dan lebih berseri. Selain itu, leukorea kembali normal tanpa sebarang bau yang tidak menyenangkan, warna darah haid kembali normal dan ketahanan tubuh semakin meningkat. Kejelitaan anda pulih dalam tempoh 30 hari sahaja.
60 hari selepas pengambilan Beutskin Essence:
Setelah fungsi-fungsi organ dalaman kembali pulih, perlindungan dan ketahanan kulit menjadi semakin kuat, peredaran darah semakin lancar dan warna kulit menjadi lebih sekata. Sel-sel juga lebih aktif dan liang-liang roma bebas daripada kotoran. Tompok-tompok pada kulit menjadi semakin cerah manakala fungsi-fungsi endokrin bertambah baik, rambut menjadi semakin hitam, bengkak di bawah mata mula hilang dan kulit kelihatan berseri dan tidak lagi kekuningan. Anda juga akan rasa lebih muda dan lebih bertenaga.
90 hari selepas pengambilan Beutskin Essence:
Tahap lipofusin dan radikal bebas dalam tubuh menjadi semakin berkurangan, sel-sel mulai aktif dan liang-liang roma pula bersih daripada segala kotoran. Bahan-bahan aktif dalam Beutskin Essence bertindak dengan menguraikan pengumpulan pigmen dengan berkesan. Selain itu, sintesis kolagen semakin bertambah dan keanjalan kulit akan kembali normal supaya anda kelihatan cantik dan muda remaja. Selain itu, rambut tampak lebih hitam dan sihat; payudara menjadi lebih anjal dan anda akan kelihatan dan rasa lebih muda.
Pengambilan jangka panjang Beutskin Essence:
Metabolisme tubuh mencapai tahap optimum dan pigmentasi tidak lagi berulang. Tona kulit menjadi lebih sekata dan tidak lagi kelihatan bertompok dan kusam. Bahan-bahan aktif dalam Beutskin Essence berjaya diserap sepenuhnya ke dalam organ-organ seperti hati, buah pinggang dan darah; pengaliran kapilari pada tubuh dan muka diaktifkan dengan sepenuhnya untuk mengangkut vitamin dan mineral surih kepada sel-sel kulit. Penghasilan pigmen diseimbangkan dan bahan-bahan buangan pigmen dapat disingkirkan dengan sempurna. Kulit menjadi lebih halus, lembut, sihat, licin dan berseri tanpa sebarang kecelaan. Kini, anda kelihatan 10 tahun lebih muda!
Beutskin Essence ~ Keajaiban Semula Jadi Yang Mengagumkan
************************************************************************************************
Ramuan Super Platinum Beutskin Essence
************************************************************************************************
1) Minyak Biji Seabuckthorn ~ "Emas Lembut Untuk Hidup"
Penyelidikan perubatan moden mendapati bahawa proses pengekstrakan minyak biji seabuckthorn melalui kaedah berteknologi tinggi berjaya mengekalkan lebih 85% kandungan asid lemak tak tepu di dalamnya, dan 90% asid lemak ini terdiri daripada asid linoleik, asid linolenik dan asid oleik. Kandungan VE pula mencecah 200mg/100g dan lebih 95% terdiri daripada a dan β-VE dengan tahap aktiviti tinggi. Setiap 100g minyak biji seabauckthorn mengandungi 80mg karotenoid, termasuklah 6mg β-sitosterol dan tahap sterol keseluruhan pula ialah ≥ 800mg, termasuklah ≥ 50mg β-sitosterol. Selain itu, ia juga mengandungi antosianin, kuersetin dan lebih 160 jenis bahan-bahan bioaktif, justeru menjadikannya sumber faktor bioaktif yang paling kaya di dunia.
Sains moden telah membuktikan bahawa minyak biji seabuckthorn mampu menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh dan merangsang fungsi imun, mengawal atur dan memulihkan sel-sel imun, menguatkan ketahanan tubuh terhadap penyakit dan mengawal atur fungsi-fungsi endokrin. Ia memainkan peranan utama dalam pencegahan barah serta rawatan penyakit-penyakit kadiovaskular dan serebrovaskular. Perubatan moden juga telah membuktikan bahawa minyak biji seabuckthorn liar dari Mongolia Dalam mengandungi pelbagai jenis nutrien yang dapat menangguhkan dan menentang proses penuaan. Masyarakat perubatan menggelar produk ini sebagai "Emas Lembut Untuk Hidup".
2) Likopena "Emas Merah" Dalam Tomato
Likopena diekstrak daripada buah tomato dengan menggunakan teknik seperkritikal bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya dengan baik.
Penyelidikan perubatan moden mendapati tindakan antioksida likopena adalah 100 kali lebih kuat berbanding vitamin E dan dua kali ganda lebih handal berbanding karotenoid. Struktur molekul berantai panjang yang unik dalam likopena memberikan kesan antioksida yang kuat agar ia dapat memusnahkan radikal bebas dan mempertahankan proses penuaan dengan berkesan. Setiap 100g tomato merah mengandungi lebih kurang 200mg likopena. Oleh yang demikian, ia telah disenaraikan dalam majalah US Times sebagai penyumbang utama terhadap kesihatan manusia.
Perubatan moden telah berjaya membuktikan bahawa penuaan manusia berkait rapat dengan kekurangan likopena. Usia 40-60 tahun merupakan masa terbaik untuk mencegah penuaan dan penyakit dengan membekalkan likopena yang mencukupi kepada tubuh.
Selain mencegah pengoksidaan plasma dalam lipoprotin berketumpatan rendah (LDL) bagi mengurangkan risiko arteriosklerosis dan penyakit arteri koronari, likopena juga berfungsi untuk mencegah barah melalui penyekatan mutasi sel genetik akibat pengaruh faktor-faktor luaran. Oleh yang demikian, likopena memainkan peranan utama dalam usaha mencegah penuaan dan ia merupakan produk penjagaan kesihatan terbaik untuk menggalakkan pertumbuahan dan pembaikan sel-sel serta mengurangkan kemunculan kedutan pada wajah.
3) "Buah Panjang Umur" ~ Minyak Biji Pain Mengangguhkan
Proses Penuaan
Biji pain adalah biji dari pokok pain Korea. Oleh kerana pokok-pokok pain Korea hanya berbuah sekali setiap 50 tahun, bijinya sangat kaya denyan nutrien dan dikenali sebagai "buah panjang umur" oleh masyarakat perubatan. Penyelidikan perubatan moden mendapati bahawa setiap 100g biji pain mengandungi 16.7g protein, 63.5g lemak, 4.6g serat kasar, 78mg kalsium, 236mg fosforus, 6.7mg zat besi, asid-asid lemak tak tepu seperti asid linoleik, asid linolenik dan sebagainya yang amat diperlukan oleh tubuh. Biji pain juga mengandungi asid pinolenik yang hanya terkandung dalam tumbuhan ini dan memainkan peranan penting untuk mengelakkan penyakit jantung, merendahkan tahap lipid plasma dan mengurangkan ketegangan saluran darah.
Penyelidikan perubatan moden telah membuktikan bahawa biji pain berupaya merendahkan tahap kolesterol dan trigliserida dengan pantas. Ia juga merupakan pilihan terbaik untuk mengelakkan vasokonstriksi. Selain itu, ia amat berkesan untuk merangsang penghasilan interferon dan melancarkan metabolisme limfa, merendahkan tekanan darah, mengaktifkan sel-sel NK, menggalakkan penguraian lemak dan mencegah barah. "Asid kecantikan" seperti asid linoleik dan asid pinolenik yang boleh didapati dalam biji pain memainkan peranan penting bagi mencegah kerosakan kromosom, menangguhkan proses penuaan, menyuburkan dan mencantikkan kulit serta menguatkan ketahanan tubuh. Asid pinolenik dan VE juga membekalkan khasiat-khasiat penting kepada kulit dan berupaya mencegah proses penuaan.
4) Lilin Lebah "Emas Pejal" Menangguhkan Proses Penuaan
Lilin lebah merupakan lilin pepejal berlemak yang dirembeskan oleh kelenjar lilin lebah pekerja yang berusia dua minggu bagi membina struktur sarang lebah.
Perubatan moden mendapati bahawa kandungan utama dalam lilin lebah boleh dibahagikan kapada 4 jenis utama; ester, asid bebas, alkohol bebas dan hidrokarbon. Selain itu, ia juga mengandungi minyak meruap dan pigmen dalam kuantiti yang sedikit. Ester terdiri daripada mirisil palmitat (lebih kurang 80% kandungan keseluruhan), mirisil serotat, mirisil hipogaeat; asid bebas pula terdiri daripada asid serotik (lebih kurang 15% kandungan keseluruhan), asid lignoserik, asid montanik, asid melisik, asid psillik, asid hipogaeik dan asid neoserotik. Alkohol bebas pula terdiri daripada oktakosanol dan mirisil alkohol. Hidrokarbon kebanyakannya terdiri daripada C-25 (pentakosana), C27 (heptakosana), C-29 (nonakosana), C-31 (hentriakontana), melene tak tepu dan juga vitamin serta karotena.
Penyelidikan perubatan moden telah membuktikan bahawa kandungan unik dalam lilin lebah boleh digabungkan bersama Perubatan Cina Tradisional untuk menghasilkan kesan-kesan terapeutik yang lebih pantas, lebih hebat dan lebih kuat. Selain itu, kandungan dalam lilin lebah juga boleh mengurangkan kesan parut, memperbaiki struktur kulit yang kasar dan menggeleber serta meningkatkan keanjalan kulit melalui fungsi-fingsi imun tubuh. Ia juga boleh menguatkan serat-serat slastik kulit dengan meningkatkan serat berkolagen dan merangsang metabolisme melanin supaya kulit sentiasa lebih cerah dan berseri.
Kuching:
1) Jerry 016-5832333
Facebook: www.facebook.com/jerry.chee.988
Email : jerrychee@yahoo.com
2) Ellen 0168699123
Sarikei:
1)Steven 014-3938616
Facebook: www.facebook.com/chanmeng.chee.3
Email : chanmeng.chee.3@facebook.com
没有评论:
发表评论